Pelancongan | Bertam Resort & Water Park tarikan baharu di utara

2022-11-16 0

Bertam Resort & Water Park yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjadi antara taman tema air terbesar di wilayah utara selain menjadi mercu tanda baharu di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mengambil peluang melawat tapak itu pada Rabu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, projek yang bernilai kira-kira RM90 juta itu dijangka akan dibuka pertengahan Disember.